Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

RAMADHAN datang lagi. Tentunya, dengan kedatangan Ramadhan, ia mengingatkan aku akan peristiwa pahit manis yang telah berlaku. Syok juga bila sesekali teringat peristiwa dahulu. Kali ini aku nak bercerita tentang peristiwa yang aku boleh share buat tatapan semua.
Dulu semasa kecik, aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak besar. Abah aku seorang anggota polis. Bab disiplin ni...tak usah cakaplah..... Dulu abah aku jenis tak banyak cakap. Kami adik beradik pun tak berani nak bersuara. Selalunya, emaklah yang menjadi orang perantaraan. Walaupun di dalam keluarga yang besar, kami semua dididik dengan sama rata. Emak dan abah terlalu ambil berat dalam bab agama. Soal solat berjemaah tu dah jadi kewajipan buat kami sekeluarga. Kalau azan di surau, masih tak bersiap lagi..arrgh...bukan mulut yang bercakap....tapi tali pinggang atau hanger yang hinggap kat badan. Jadi, faham faham sendirilah...kalau dah dekat masuk waktu solat tu...cepat- cepatlah bersiap. Kalau tak... dapatlah habuan. Begitu juga bab puasa. Seingat aku...aku mula berpuasa ketika aku berumur 4 tahun. Nak dijadikan cerita, pada satu hati tu..mak, abah serta adik- adikpergi ke hospital. Aku dengan abang sulung (kami adik beradik panggil Ayong) saja ada dirumah. Kami tak ikut sebab pagi tu ada kelas Quran. Nak dekat tengahari perut makin lapar. Bawah tudung salji ada cucuq kodoq semalam yang tak habis. Syaitan bertanduk makin dok cucuk suruh makan. Apa lagi...bermula lah projek. Ayong suruh aku cover line kat depan rumah. Mana tau kot-kot mak dan abah balik. Seperti yang diarahkan , aku pun berdiri kat depan rumah. Sementara tu, Ayong sedang sedap menikmati hidangan cucoq kodok yang amat sedap terutama apabila dimakan di bulan puasa. Tak lama selepas itu, Ayong keluar...tiba pula giliran aku. Aku menikmati cucoq kodok itu dengan penuh selera. Ahh...nikmatnya....kenyang. Tak lama selepas itu, mak dan abah balik. Mak tanya kami....puasa tak hari ni? Kami pun dengan confidentnya menjawab...puasaaaaaa. Pada waktu yang sama, abah terus ke meja makan. Dibukanya tudung salji....yang tinggal cuma beberapa biji saja. Abah terus masuk bilik ambil tali pinggang. Apa lagi... dapatlah habuan. Habuan untuk orang yang tak puasa. Berbelang betis dan paha akibat dirotan oleh abah. Aku dan Ayong nangis teresak- esak . Tak lama selepas itu, abah keluar dari dapur dan ditangannya ada sepinggan nasi goreng. Abah menyuap kami nasi goreng yang abah sendiri masak. Sambil menyuap ke mulut kami, abah terangkan sebab kenapa abah buat macam tu. Katanya..kami dah buat dua kesilapan. Yang pertama...salah dengan Allah...sebab tak puasa. Yang kedua salah dengan mak dan abah sebab menipu. Peristiwa itu membuatkan aku lebih berhati- hati setiap kali bulan puasa. Sekarang, bila difikirkan semula.....itulah caranya mak dan abah mendidik kami semua. Hasil didikan itulah kami semua jadi apa yang kami jadi hari ini.

No comments:

Post a Comment