Tuesday, August 25, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA

RAMADHAN datang lagi. Tentunya, dengan kedatangan Ramadhan, ia mengingatkan aku akan peristiwa pahit manis yang telah berlaku. Syok juga bila sesekali teringat peristiwa dahulu. Kali ini aku nak bercerita tentang peristiwa yang aku boleh share buat tatapan semua.
Dulu semasa kecik, aku dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang agak besar. Abah aku seorang anggota polis. Bab disiplin ni...tak usah cakaplah..... Dulu abah aku jenis tak banyak cakap. Kami adik beradik pun tak berani nak bersuara. Selalunya, emaklah yang menjadi orang perantaraan. Walaupun di dalam keluarga yang besar, kami semua dididik dengan sama rata. Emak dan abah terlalu ambil berat dalam bab agama. Soal solat berjemaah tu dah jadi kewajipan buat kami sekeluarga. Kalau azan di surau, masih tak bersiap lagi..arrgh...bukan mulut yang bercakap....tapi tali pinggang atau hanger yang hinggap kat badan. Jadi, faham faham sendirilah...kalau dah dekat masuk waktu solat tu...cepat- cepatlah bersiap. Kalau tak... dapatlah habuan. Begitu juga bab puasa. Seingat aku...aku mula berpuasa ketika aku berumur 4 tahun. Nak dijadikan cerita, pada satu hati tu..mak, abah serta adik- adikpergi ke hospital. Aku dengan abang sulung (kami adik beradik panggil Ayong) saja ada dirumah. Kami tak ikut sebab pagi tu ada kelas Quran. Nak dekat tengahari perut makin lapar. Bawah tudung salji ada cucuq kodoq semalam yang tak habis. Syaitan bertanduk makin dok cucuk suruh makan. Apa lagi...bermula lah projek. Ayong suruh aku cover line kat depan rumah. Mana tau kot-kot mak dan abah balik. Seperti yang diarahkan , aku pun berdiri kat depan rumah. Sementara tu, Ayong sedang sedap menikmati hidangan cucoq kodok yang amat sedap terutama apabila dimakan di bulan puasa. Tak lama selepas itu, Ayong keluar...tiba pula giliran aku. Aku menikmati cucoq kodok itu dengan penuh selera. Ahh...nikmatnya....kenyang. Tak lama selepas itu, mak dan abah balik. Mak tanya kami....puasa tak hari ni? Kami pun dengan confidentnya menjawab...puasaaaaaa. Pada waktu yang sama, abah terus ke meja makan. Dibukanya tudung salji....yang tinggal cuma beberapa biji saja. Abah terus masuk bilik ambil tali pinggang. Apa lagi... dapatlah habuan. Habuan untuk orang yang tak puasa. Berbelang betis dan paha akibat dirotan oleh abah. Aku dan Ayong nangis teresak- esak . Tak lama selepas itu, abah keluar dari dapur dan ditangannya ada sepinggan nasi goreng. Abah menyuap kami nasi goreng yang abah sendiri masak. Sambil menyuap ke mulut kami, abah terangkan sebab kenapa abah buat macam tu. Katanya..kami dah buat dua kesilapan. Yang pertama...salah dengan Allah...sebab tak puasa. Yang kedua salah dengan mak dan abah sebab menipu. Peristiwa itu membuatkan aku lebih berhati- hati setiap kali bulan puasa. Sekarang, bila difikirkan semula.....itulah caranya mak dan abah mendidik kami semua. Hasil didikan itulah kami semua jadi apa yang kami jadi hari ini.

Tuesday, March 17, 2009

TEACHERS...PLEASE READ THIS!

ONE day a teacher asked her students to list the names of the other students in the room on two sheets of paper, leaving a space between each name. Then she told them to think of the nicest thing they could say about each of their classmates and write it down. It took the remainder of the class period to finish their assignment, and as the students left the room, each one handed in the papers.
That Saturday, the teacher wrote down the name of each student on a separate sheet of paper, and listed what everyone else had said about that individual.. On Monday she gave each student his or her list. Before long, the entire class was smiling. 'Really?' she heard whispered. 'I never knew that I meant anything to anyone!' and, 'I didn't know others liked me so much,' were most of the comments. No one ever mentioned those papers in class again. She never knew if they discussed them after class or with their parents, but it didn't matter. The exercise had accomplished its purpose. The students were happy with themselves and one another. That group of students moved on.
Several years later, one of the students was killed in VietNam and his teacher attended the funeral of that special student. She had never seen a serviceman in a military coffin before. He looked so handsome, so mature. The church was packed with his friends. One by one those who loved him took a last walk by the coffin. The teacher was the last one to bless the coffin.. As she stood there, one of the soldiers who acted as pallbearer came up to her. 'Were you Mark's math teacher?' he asked. ! She nodded: 'yes.' Then he said: 'Mark talked about you a lot.' After the funeral, most of Mark's former classmate! s went together to a luncheon. Mark's mother and father were there, obviously waiting to speak with his teacher. 'We want to show you something,' his father said, taking a wallet out of his pocket 'They found this on Mark when he was killed. We thought you might recognize it.'
Opening the billfold, he carefully removed two worn pieces of notebook paper that had obviously been taped, folded and refolded many times. The teacher knew without looking that the papers were the ones on which she had listed all the good things each of Mark's classmates had said about him.
'Thank you so much for doing that,' Mark's mother said. 'As you can see, Mark treasured it.'
All of Mark's former classmates started to gather around. Charlie smiled rather sheepishly and said, 'I still have my list. It's in the top drawer of my desk at home.' Chuck's wife said, 'Chuck asked me to put his in our wedding album.' 'I have mine too,' Marilyn said. 'It's in my diary' Then Vicki, another classmate, reached into her pocketbook, took out her wallet and showed her worn and frazzled list to the group. 'I carry this with me at all times,' Vicki said and without batting an eyelash, she continued: 'I think we all saved our lists'
That's when the teacher finally sat down and cried. She cried for Mark and for all his friends who would never see him again. The density of people in society is so thick that we forget that life will end one day. And we don't know when that one day will be. So please, tell the people you love and care for, that they are special and important. Tell them, before it is too late.

Monday, March 16, 2009

Salam semua. Cuti sekolah pun dah bermula. Nampaknya time untuk diri sendiri dan keluarga ada banyak sikit. So, aku ambil kesempatan ini untuk update blog aku. Kadang- kadang bila duduk sorang-sorang..aku terfikir...samada adakah aku buat keputusan yang betul tentang kerjaya aku. Adakah dengan menjadi seorang pendidik sekarang ini merupakan satu pilihan yang tepat buat aku? Kalau dulu..a ku bekerja dengan sektor korporat. Kalau diikut dengan gaji, sememangnya kerja swasta ni gajinya lebih tinggi. Time dapat bonus hujung tahun......kombang idung.....rasa dunia ni ana yang punya. Pagi aku keluar rumah dalam pukul 7.30 pagi sampai di pejabat pukul 9.30 pagi. Pukul 10.00 mula kerja. Sebagai eksekutif 'HR' atau sumber manusia staf aku masa tu ada lebih kurang 500 orang. Walaupun terpaksa hadapi pelbagai kerenah staf...alhamdulillah berkat usaha dan pemberian oleh Allah SWT aku dapat 'handle'. Kemudian aku bekerja di satu lagi syarikat. Juga sebagai Human Resource Executive. Kali ni jumlah staf lebih kurang 150 orang. Cuma yang mencabarnya kebanyakan staf diimport dari India, Nepal , Bangladesh, Vietnam dan Indonesia. Faham-faham sajalah...masa Staf terutama dari India dan Nepal sampai sini, depa tak tau cakap bahasa Inggeris apatah lagi bahasa Malaysia. apa lagi...macam ayam cakap dengan itik la. Last last jadi macam orang pekak lak...apa taknya....terpaksa guna bahasa isyarat. Sekarang, aku sudah jadi seorang pendidik. Menjawab soalan yang diajukan mula- mula tadi.....jawapan aku adalah ....YA. Memang tak dapat dinafikan lagi keputusan aku untuk menjadi pendidik adalah satu KEPUTUSAN YANG TEPAT. Sebab apa dan kenapa....biar aku sambung dalam blog aku yang akan datang. Adakah sebab kerja separuh hari saja? Adakah sebab ada banyaaakkk cuti? Adakah sebab kerja ni senang? semuanya akau akan jawab dalam blog aku yang akan datang. So, rajin- rajinlah you all check blog ni ok. Salam untuk semua.

Monday, February 16, 2009

YANG BERNAMA SUAMI

Salam..dah lama aku tak update blog ni. Sejak mula- mula aku buka blog ni aku tak pernah update langsung. Member- member pun dok tanya..kenapa tak update? Masa kat universiti dulu aku rajin menulis…tapi sekarang…almaklumlah…dengan kerja di sekolah, tuisyen kat rumah masa untuk menulis jadi tak banyak. Ada ketika tu…datang idea mencurah- curah. Bermain di fikiran. Cuma tak dizahirhan dalam bentuk tulisan. Hari ini aku agak lapang…so, aku decide untuk update blog ni.
Malam semalam, masa aku dah off tv nak masuk tidur aku terkejut dengar suara jiran aku bergaduh suami isteri. Cukup jelas butir perkataan yang mereka luahkan. Si isteri marahkan si suami kerana selalu balik lewat. Si suami pula kata..apasal pulak tak balik lewat…bila balik awal, si isteri asyik berleter. Serabut fikiran. Aku tersenyum. Aku kata pada isteri…kita masuk tidur lagi bagus. Biarkan mereka selesaikan masalah mereka. Cuma di kesempatan aku menulis blog ni, aku ingin berkongsi dengan kawan- kawan semua sebuah bicara. Bicara ini buat setiap insan yang bernama suami. Tujuannya untuk berkongsi. Apa yang baik, diteladani. Apa yang buruk, dijauhi. Sama- sama kita hayati bicara ini.
Bicara ini buat insan yang bernama suami
Yang sentiasa mengharapkan keindahan abadi
Keindahan yang bermula dari
Sebuah rumahtangga
Untuk kita nikmati bersama
Dengan si dia…isteri kita
Mungkin kata-kata ini lebih terasa
Kalau kita luahkan secara bersahaja
Namun ada baiknya di ketika- ketika tertentu
Sentuhan makna dilembutkan
Bahasa diperindahkan
Agar tidak terguris si dia
Isteri kita yang tercinta
Ah..perempuan
Kata pujangga mereka seperti angin
Lembutnya melenakan
Ributnya menggusarkan
Adakalanya mereka seperti ibu
Menyaji kasih..menghidang sayang
Adakalanya mereka seperti anak
Ingin dibelai, minta dimanjakan
Sekali-sekala seperti nenek
Berleter seadanya, merungut semahunya

Pertama keikhlasan
Kedua kebijaksanaan
Hulurkan simpati, taburkan empati
Kata yang dari hati, akan turun kehati
Ucapkanlah kepadanya: Sayang..deritamu, dihatiku

Bila dia merajuk
Pandai- pandailah memujuk
Buka telinga, tajamkan deria
Dengar, amati suaranya
Teliti dengan hati terseni
Rasional atau emosi?
Kalau ternyata dari emosi
Belailah emosi itu
Jangan dihadapi secara rasional
Mereka tak akan terdaya mengunyah hujah
Berilah beribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik
Namun..mereka tetap melulu
Kerana fikiran sudah berjerubu
Sebaliknya perhaluskan kata
Perindahkan bahasa
Jinakkan perasaan
Hadiahkan senyuman
Dan kalau masih gagal
Gunakan sentuhan
Semarakkan belaian
Masih gagal juga?
Tunggu sahaja rajuknya reda
Emosi isteri bagai riak- riak air di dalam cawan
Jangan digoncang
Buat selamba
Lambat laun gelombang akan tenang
Air di cawan kan kita minum jua
Tapi awas!
Kalau ternyata rajuknya berfakta
Masamnya berdata..malah ilmiah pula
Ini rajuk taraf tinggi
Yang perlu ditangani berhati- hati
Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji
Tidak akan mengulanginya lagi
Ingat..tidak kalah dengan mengalah
Katakan.. Sayang, abang alpa
Bisikkan…Darling , I lupa
Kemudian hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan Cassanova, tapi hati suci
Kadang- kadang dengan sedikit memberi
Kata akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Rasanya masam tetapi
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas
Padam oleh salju yang dingin

Kadang-kadang bila mereka merungut
Bahkan kadangkala mengugut
Minta aksesori dan perabot
Minta villa di tepi laut
Atau banglo di tepi tasik
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
Yang mampu bina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula persis Nur Jehan
Yang minta petanda keagungan cintanya
Katanya: Abadi cinta kanda dengan permata
Sedangkan di tangan kita cuma cincin tembaga
Aduh…peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam dan ‘carat’
Atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama
Kasih isteri turun naik
Mengikut kadar tukaran RM dan dolar
Katakanlah…ringgit bukan segala galanya
Bukan itu maksud perkahwinan dahulu
Tuhan tidak meletakkan bahagia rumahtangga pada harta
Kalau bahagia pada istana
Di mana keadilan Tuhan
Kalau yang mengecapinya cuma raja- raja?
Kalau bahagia pada emas
Tentu Diana tidak berpisah dengan Charles
Lalu pada saat paling romantis
Di kala suasana sunyi di malam hari
Atau detik paling kudus
Seusai solat bersama
Bisikkanlah…duhai isteriku
Marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta sejati
Marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukanlah segala- galanya
Padamu isteri
Istanamu di hati ini
Padamu sayang
Kalung cintamu di jiwa ini

Tuesday, January 13, 2009

It's our anniversary.




13 Januari 2009.....hari ini genaplah lapan tahun perkahwinan kami. Sesungguhnya, lapan tahun bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Pejam celik... pejam celik....pejam celik...dah lapan tahun. Namun, sepanjang lapan tahun kami lalui hidup bersama, pelbagai rintangan telah kami lalui. Suka...duka....gembira...sedih...ketawa...menangis...semuanya telah kami rasai. Tapi itulah...bak kata orang, bila hidup bersama ni kenalah saling faham memahami, bertolak ansur. Adatlah...hidup berumahtangga ni ibarat kapal di tengah lautan.Kadang- kadang bila laut bergelora, kapal terhoyong-hayang. Bila laut tenang, kesemuanya menjadi seperti biasa. Namun, sebagai nakhoda rumahtangga kenalah berusaha membawa haluan ke jalan yang sepatutnya. Macam aku, aku amat bertuah kerana memiliki seorang permaisuri hati yang cukup memahami. Sebagai seorang insan biasa, aku akui terdapat banyak kelemahan pada diriku. Tapi syukur kepada Allah kerana mengurniakan kepadaku seorang isteri yang melengkapi apa yang aku tiada. Syukur kepada Allah kerana telah menemukan aku dan isteriku. Dialah penawar dikala duka. Dialah teman dikala bahagia. Buat Baby...i want to tell ye that i love ye sooooo much. You are such a wonderderful wife ever. Thanks to Allah for giving such a wonderful person that i've ever met. Syukur ya Allah...alhamduliLlah. Happy 8th Anniversary My Dear Baby......semoga mahligai yang kita bina ini berkekalan buat selamanya.....amin. Ingat lagi lagu kita yang abang ciptakan khas buat Baby.......




Kita tak mungkin,
Mengubah kenyataan
Dengan kasih serta sayang
Yang tersemat di jiwa manusia

Serangkum kasih
Memadu oh sayangnya
Hikmah murni, nikmat suci
Anugerah dari Ilahi

Lambaian kasihmu
Sesejuk embun pagi
Menggamit sejahtera
Membuah ceria
Tuhan ku bersyukur
Dengan kasih serta sayangMU
Yang membawa bahagia
Kekal selamanya